Friday 30 March 2012

RUJUKAN KEPADA LEPASAN SPM

Kepada Lepasan SPM, Maklumat Kemasukan IPTA/IPTS Terdapat di Facebook Ubk Smk Bukit Changgang. Untuk maklumat lanjut bolehlah rujuk di Ubk Smk Bukit Changgang. Kepada sesiapa yang belum add silalah berbuat demikian.

Saturday 3 March 2012

MINGGU ANTI DADAH SMKBC 2012


TARIKH: 26-31 MAC 2012
ANJURAN: PPDa (PENCEGAHAN DAN PENDIDIKAN DADAH) UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KERJASAMA PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT CHANGGANG


SENARAI PERTANDINGAN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
• Terbuka kepada semua pelajar mengikut 2 kategori
Kategori A= Sesi pagi (Tingkatan 3,4 dan 5)
Kategori B=Sesi petang (Tingkatan 1 dan 2)
• Tema : Dadah atau Rokok
• Catatan: Warna dan kertas lukisan disediakan oleh peserta sendiri
Medium: Bebas
Pemilihan Pemenang: Mengikut kategori (8 Hadiah menarik berserta sijil menanti anda)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN (SERAHAN) : SEBELUM ATAU PADA 31 MAC 2012

2. PERTANDINGAN KUIZ ANTI DADAH
• Terbuka kepada semua pelajar mengikut 2 kategori
Kategori A= Sesi pagi (Tingkatan 3,4 dan 5)
Kategori B=Sesi petang (Tingkatan 1 dan 2)
• Catatan: Soalan kuiz setiap hari akan di letakkan dalam fail atas kaunter dalam bilik kaunseling. Siapa cepat dia dapat. kumpul soalan kuiz dan serahkan selewat-lewatnya hari jumaat ( 30 Mac 2012)
Pemilihan Pemenang: 10 Hadiah manarik beserta sijil menanti anda
TARIKH AKHIR PENYERAHAN : 30 MAC 2012

3. PERTANDINGAN “APA KATA MEREKA”
• Cara pertandingan ialah peserta dikehendaki mengambil borang penyertaan yang disediakan pada kaunter di bilik kaunseling. Pada borang tersebut peserta dikehendaki mengisi pendapat berkaitan dengan Dadah dan Rokok serta gambar peserta
• Terbuka kepada semua pelajar mengikut 2 kategori
Kategori A= Sesi pagi (Tingkatan 3,4 dan 5)
Kategori B=Sesi petang (Tingkatan 1 dan 2)
• Penyertaan dibenarkan secara individu atau berkumpulan (tidak lebih 3 orang)
• Pelbagai hadiah menarik beserta sijil menanti anda
TARIKH AKHIR: SEBELUM ATAU PADA 30 MAC 2012

4. PERTANDINGAN MURAL PPDa
• Pertandingan secara individu atau berkumpulan ( tidak lebih 3 orang)
• Peserta akan diberi satu ruang dinding untuk di kawasan sekolah dan peserta perlu melakarkan SLOGAN terbaik ATAU LUKISAN yang bertemakan DADAH dan ROKOK.
• Penentuan dinding adalah berdasarkan undian
• Slogan atau lakaran terbaik akan dipilih sebagai pemenang.
• Pertandingan akan diadakan pada 31 Mac jam 7.30 pagi (Hari Gotong-Royong Perdana Sekolah)
• Peralatan pertandingan disediakan oleh pihak penganjur.

5. PERTANDINGAN FOLIO PPDa
• Terbuka kepada semua pelajar mengikut 2 kategori
Kategori A= Sesi pagi (Tingkatan 3,4 dan 5)
Kategori B=Sesi petang (Tingkatan 1 dan 2)
• Tema: DADAH atau ROKOK.
TARIKH AKHIR: 31 Mac 2012.